Tuesday 28 May 2013

oh ayah !

selepas seminggu aku bermalasan..

dan asyik di lecture sahaja namun aku tak penah serik.. sebab mmg target aku hanyalah seminggu untuk membuat benda terkutuk nih..

apa benda terkutuk tu, takyah lah aku cerrita,, jatuh lah saham aku muehehehehe..

ok sambung cerita.

aku bangun pagi2 tu.. basuh cuci muka, gosok gigi and then duduk semeja lah ngan parents aku, adik aku ngan adik sedara aku..

dah makan2 semua, mak aku tanyalah pasal unikl bla2 aku cakap in shaa Allah result ok dapat ah bangi.

then aku cerita lah kat mak aku

aku: mak, budak2 engine kelas adik kan, ada satu subjek tu, kimia kitorang takleh bawak mak, semua kena   
       hapal

mak: oh yeke.. pahtu boleh buat ke tak?

aku: boleh kut, entahlah.. tu yang pasal kena stay 3-4 pagi nak hapal benda tu ah. mmg susah lah nak bawak

*tiba2 ayah aku kat luar mencelah*

ayah: jannah ada beg tak? kawan2 jannah ada beg tak?

aku: haa kenapa dengan beg?
ayah: kalau ada beg takde lah susah nak bawak kimia HA-HA-HA



ok ayah.

and when the daylight comes i'll have to go, but tonight i'm gonna hold you so close (:




Wednesday 22 May 2013

kemalasan tahap dewa

assalamualaikum and hello everyone..

actually entry ni aku nak cerita pasal adam adli sbnrnya.. tapi bila aku fikir balik, malas ah.. bukan dia kenal aku punn..

cuma aku nak cakap;

"tak salah kalau nak berjuang. tapi apalah salah nya, kalau belajar dulu, dalami ilmu sedalam2 nya, baru bertindak. sebab mmg itu pun tugas seorang student. bila kita dah ada kuasa, ilmu dah cukup, then i think that is the best time untuk bertindak. and still, Adam adli is the bravest student that i've ever seen. beliau mampu membuat pemimpin negara goyah. walaupun di sekat perjuangannya, tapi, semangatnya tak pernah luntur. dan aku rasa, mereka yang mempunyai kuasa tak wajar utk bertindak sedemikian kerana Adam adli is just a typical student that doesn't have power at all."

and of course, ini pendapat aku (:

okay, kita bukak cerita lain..

utk beberapa first hari aku cuti nih, aku rasa aku ni macam lifeless jugaklah.. tido, makan, online, skype, and the routine will keep on repeating.. tapi yang peliknya, aku suka sbb aku malas nak pakai otak.. aku nak membazer masa like seriously sebab aku penat  ngadap buku time exam hari tuh.

and to be honest, aku tak risau result exam aku lagi buat masa ni kerana aku malas.

wehh kau boleh paham tak tahap kemalasan aku tuh tahap manaaa? 

sampai kekadang aku rasa nak tidooo je, taknak makan taknak buat pape.. and aku mmg target aku buat bnda tak senonoh ni seminggu jelah..

dan sama2 lah kita saksikan result dia hihi..

dan untuk membuktikan kemalasan aku,


aku keluar amik adik aku kat sekolah pakai macam nih.. sebab aku sungguh malas nak tukar baju kelawar aku, aku hanya menyarungkan cardigan sahaja..okay, terbukti bukan?! dah lah naik motor..

dan aku kesah apa ! hihi :D

we're not broken just bent, and we can learn to love again (:

Tuesday 21 May 2013

kakak? look older?!

assalamualaikum chinta..

hah kau kemain lagi nak berpuitis bagai.. tapi sukahati aku lah since intro.. kau takkan nak aku terjah woi2 pulak..

so, aku nak cter, yang aku dah abeh foundation.. hari tuh before exam, kolej ada buat graduation utk kitorang, batch URV kat hotel apa tah aku taktau ah nama dia..

haa sebelum pape, meh kita camwhore dulu hihi :D








teoh yang tak pernah nak tangkap gambar elok2 ngan aku -__________-




credits to Wani Othman, Khairul Naim, Ahmad Syukran,  my roomate; she is the best listener that i've ever met, Adila Hanani, Aida Adila, Iqmal Hisyam and Balqis Ardani.

and finally, aku sesorang hihi (:
ok dahh.. bukan ni aku nak cerita sebenarnyaaaa..haishh

okay, selama 5 bulan, sem 2 ni lah. kitorang batch URV nih ada JUNIORS. yes juniors.

since aku datang dari boarding school, yeah, i do admit that my seniority level a little bit kuat compared to others, i mean my friends.

tapi, sekuat2 seniority aku punn, takde lah sampai aku nak panggil bebudak aust tu datang bilik aku pahtu ajak ramai2 fire kan. bapaklah merepek wehh..

cuma, aku tak suka KALAU MEREKA SEMUA PANGGIL AKU JANNAH. AKU NAK DORANG PANGGIL AKU KAK JANNAH.

tak kira lelaki mahupun perempuan :D

actually, sesape jelah yang lebih muda dari aku, aku tak suka dan tak dapat terima lah kalau dorang panggil aku jannah sahaja.

kenapa?

haa ni aku nak cerita..

bagi aku, ini pendapat aku yoo.. itu menunjukkan kesopanan.. dan budi bahasa.. okay aku tau aku pun bukannya orang yang sopan.. cuma kalau boleh, lebih manis kalau disertakan dengan panggilan akak dihadapan, tak gittew?! hikhik

dan aku totally tak rasa yang aku akan kelihatan lebih tua apabila dipanggil akak.. aku lebih suka.
sebab, level ketuaan tu, bukan terletak pada panggilan org kat kita, tapi, umur kita kan (unless pangkat)..

kalau setakat 19 kau dah rasa tua, kau bayangkan lah umur kau 91?

okay, apa aku merepek ni.. tak kesahlah.. ini apa yg aku fikir.. setiap org ada cara pemikiran masing2 dan saya respek anda punya pemikiran..

macam petang tadi, aku pick up adik aku kat sekolah, ada some of my students panggil aku Jannah je..

wadahek maynnnn?!

at least aku tak ngajar dah dorang, panggil lah aku akak.. kan lebih sedap..

seriously, aku rasa lagi sedap jika panggilan akak tu disertakan bila kita nak panggil org lebih tua.. abang ke

p/s: tapi yang perempuan kau tak payah lah nak buat tone gegedik ngan abg tu pulak kann

so, conclusion nya ni je yang aku nak cakap,

kita kenalah berbudi bahasa. walaupun benda tu nampak kecik kat kita, maybe kat mata org lain nmpak besar.

who knows?

cause all I need is a beauty and a beat, who can make my life complete (: