actually skrg aku tgh carik gambar yang elok sikit nak buat pakai header blog sebab aku rasa header aku tu buruk nanang. rasa macam erghh taknak bukak ah blog ni. but what to do, i dont have any choice since gambar aku semua pepelik dan tak boleh dibuat tatapan org pun so i guess lambat lagi kut baru jumpa.
okay, enough bebel.
rabu lepas, aku ngan memember pergi labu dan seremban, negeri sembilan to be exact. gaya jauh kann hihi padahal takdelah jauh mana biasa je. memula amal plan nak drive sampai labu, tapi mak dia psycho kahkahkah lalu amal pun cuak nak bwk. so dia drive sampai klang jelah then naik ah bus.
adoii aku lupa pulak nak crop gambar pemuda cekci kat sebelah amal tu -.-
pahtu dah sampai seremban, kitorang jumpa lah senor ngan syaza weee
haaa papehal camewhore dulu ah ngahahaha. pahtu amal pegi lah membebel katanya nak makan dulu. lapar sangat. so kitorang pegi ah kedai makan kat labu.
makan kat sini boleh tahan mahal jugak lah sebab kau bayangkan harga udang galah yang isi tak seberapa tu pun RM2. oi pejadahnya. labu ni bukan bandor pun nak mahal2. geram mak -..-
pahtuuuuu haaa...
eh, no phone siapa nih? siapa hafis? kehkehkeh.
after kitorang lunch, dah nak blah dah time tuh, tiba2 pekerja kedai tu, datang kat aku, bagi lah kertas putih kecik nih. aku cam tak paham ah, dah kenapa bagi aku kertas macam resit nih padahal aku dah bayar. pahtu pekerja ni cakaplah, "minta maaf eh, jangan marah, ini ada org suruh pesan kat saya suruh bagi kertas ni dekat you." then aku malas nak cakap banyak, aku just amik, then say thank you.
haa kau orang nak ngorat abg hafis ni, amik lah no ni. aku hide kan tiga nombor. selamat mencuba!
*nak no sebenar, boleh pm aku wahahaha walaupun aku dah lupa kat mana aku campak no ni*
pahtu, kitorang poeilah smap. oh oh. kat atas ni asyik gambar camwhore je. aku pun bosan. nanti aku attached gambar lain. kitorang solat dulu. lepas member lain dah sampai. musola hidayah dah berubah pewwiittt ada carpet yaww. dulu2 tak ada. memang wajib bwk sejadah lah cerita dia. sbb siapa2 yang tak ada sejadah, pahtu kat dahi dia ada jerawat, hmm pandai2 lah kau hidup kohkohkoh.
haa ni kat bahagian belakang musolla al-hidayah. serious tempat ni banyak gila memori. banyak gila kenangan. kalau aku nak describe sesatu, tujuh hari tujuh malam pun belum tentu habis.
gittewh.
lepastu, kitorang start lah jelajah jumpa cikgu2, amik sijil SPM. ekceli lah kan, aku sebenarnya segan gila nak jumpa cecikgu sebab banyak sangat masalah aku timbulkan kat sklh dulu. tapi, dek kerana ada senor, so macam boleh cover sikitlah.
ni dengan coach aku. everytime HKSBP, team aku cam bangga ah ada coach yang hensem ala2 kpops gittewh.
cikgu ni tak pernah ajar aku pn, tapi kamcheng dia cenggini (Y) haa hahaha siap boleh ajak camwhore.
ni memang ustazah paling cool ah. aku approach beliau, benda first keluar dari mulut beliau, "wehhhh basriii". hahaa ustazah adibah memang mantop. ilmu yang beliau bagi kat aku sampai sekarang alhamdulillah aku ingat lagi. beliau ajar aku time aku Form 2.
ni ustazah fatimah. ajar aku PQS. mantap gak nih. ajar detail gila.
ini pulak ustazah salwa. guru bahasa arab aku selama 5 tahun. ustazah ni terboekk. ajar arab memang paham. cuma disebabkan aku nih malas, result aku pun centu jelah.
ni pulak sensei mazuin yang pakai tudung putih dengan cikgu azni yang pakai tudung kelabu. sensei ajar aku bahasa jepun. sama jugaklah aku malas, last2 semua test jepun aku tak past. hmm menganga. paling aku ingat, sensei panggil aku dengan syaza 'SAMSENG KAMPUNG DUSUN'. disebabkan aku ngan syaza je perangai huru hara dalam kelas jepun kahkahkah. yg cikgu azni tak pernah ajar kitorang. tapi beliau guru pengiring team basket. so selalu lah dgn beliau. cikgu azni cute. tapi bila beliau marah, sumpah aku kecut. kohkohkoh tu lah tak behave lagi. padan muka selalu kena cubit je
ini puan chen. apa yang respect kat beliau, beliau dah lah chinese, tapi BM lagi mantop dari aku. pedih. pahtu selalu bagi kitorang chocs, gula2 kalau presentation komsas dah abis. ngehehe. alangkah baiknya kalau semua cikgu, lecturer cam pn chen. makan free chocs je selalu mihmihmih
haa lupa lah nak cerita, sebelum pegi jumpa cecikgu, kitorang melawat lah koop. ehh koop dah mainstream sangat. so, dia tkar lah nama "coop mart". padahal coop mart pun dah cukup mainstream aku rasa. ngeh. lagi2 bila vending mavhine dah ada. ambuih. kemain sorang2 batak. haha
nasib baik lah vending machine nih takde time zaman aku. kalau tak cenggini ah rupanya kut kahkahkah
pahtu, waktu aku Form 5, kitorang kena brainwash ngan warden. warden cakap, "kamu jangan duk menebeng kat depan koop tu, kamu ingat kamu cantik sgt terjerit terpekik. bersidai kat depan tu"
sampai sekarang aku cam terbayang, acane rupa bersidai kat depan koop. and now, i know :)
we were literally bersidai in front of the coopmart kohkohkoh lawaknya jannah :')
okay lah. itu sahaja utk hari ni. actually jugak, aku nak hapdet pasal trip ke penang tapi asyik delay je so dah lama2 jadi malas. tgk lah bila2 aku rajin, bulan depan ke tahun depan ke. eh kelakar.
anddddd, tomorrow, i will register for my degree, in mechanical engineering course. hati dari tadi rasa tak tenang nohh.
ehh takyah tak tenang sangat aku duk hias pelamin watlek jaa kihkihkih.
so, mohon doa semua orang agar dipermudahkan semuanya, just incase kalau lalu lalang kat blog aku nih lalu ternampak kan.
so, byeee
forget the haters, because somebody loves you (: