"kemain kau Jannah, sekali mood kau nak berbelog datang, 100 post pun kau boleh buat kan", monolog ku sendirian.
eh hai hihi
so, untuk post ni, aku bukan nak cerita sangat pun apa yang jadi. aku cuma nak luahkan apa yang aku rasa. well, sepanjang aku hidup ni, ada la beberapa orang tanya aku, amik course apa. then when i say "mechanical engineering", then they will like, seriously? bukan susah ke?
.
.
.
.
.
.
.
.
HELL YEAHHHH!!
mechanical engineering ni memang payah pun weh. penat aku haa. the major reason why i took engineering is because i wanna run away from taking biology. tapi tu silap aku. memang lah dalam dunia ni ada 2 course je kan. time sekolah dulu aku fikir, tak medic, engineering. oh well. robot sangat kan. so, i decided to take engineering. memang tak lah aku nak torture diri aku dengan mengambil biology. tapi amik engineering ni pun dah kira torture diri dah aku rasa hahahahaahah *gelak kan diri sendiri*
lepas dapat result SPM, maka bermula lah carik scholarship. aku memang determine gila nak study overseas. and alhamdulillah, dapat. maka, di sini lah aku wehehehe.
tapi....
i chose Cardiff at the first place. sebab nak sama ngan Abel, Alyaa. tak pernah terfikir di benakku yang aku akan tercampak kat Scotland, dengan orang tak rapat pulak tu.
bila mula-mula aku dapat tau, aku cam, nak menangis. bukan sebab tercampak kat Scotland, tapi dengan siapa aku tercampak tu. aku rasa sedih yang teramat sangat. Abel pujuk aku, katanya, Allah takkan bagi sesuatu kat kita tanpa sebab.
then, i guess i have to carry on.
selepas setahun kat sini, aku rasa, aku dah nampak apa hikmah aku tercampak kat sini. sikit demi sikit buat aku perasan. dari situ mula terfikir, "ini lah apa yang aku nak selama ni. kenapa selama ni aku tak sedar pun".
so memang betul lah kan, Allah takkan bagi sesuatu tanpa sebab.
antara hikmah aku nampak kat sini, Allah allocate aku dengan housemate yg takde drama, yang tak rapat. so i can do whatever i want. tanpa perlu tanya pendapat dia pun. sebab apa? dia bukan rapat ngan aku pun. dia kemana, aku kemana, masing-masing tak tahu. masing-masing buat kerja sendiri. tak kamceng pun takpelah. asal i have my own room, my own privacy.
dulu, masa memula nak start a new life kat Glasgow ni, aku banyak kali tanya diri aku. kenapa lah aku ni suka sangat menyusahkan diri sendiri? dah lah belajar susah, tinggal dengan orang tak best pulak tuh, tak ramai perempuan, nak gossip dengan siapa? pahtu ada drama pulak tuh? kenapa kau biarkan kebahagiaan kau di tarik wahai Jannah? kalau study kat Malaysia pun not bad. kawan perempuan pun ada.
haa sini jawab. mana tau dia akan jadi better kalau study kat Malaysia wahai Jannah? maka, aku kena bersyukur. aku kena teruskan perjuangan ni.
bila study sini, i see the true potential of myself. aku dah start usaha sendiri. kalau semua subjek tu, aku start pahamkan slowly. kalau dulu, asyik harapkan Fadhilah je aku ni. aku macam hidup dlm bayang-bayang dia. ada problem je tanya dia, bukan nak usaha sendiri. bila kat sini, aku jadi cam nak paham kan sendiri. Aiman tolong sikit2, eh banyak sebenanya, fazril bagi jawapan, classmate tolong jugak, pahtu bila dorang ada masalah dorang datang jumpa aku. seriously, kat sini baru aku rasa aku wujud. kalau sebelum-sebelum ni, aku ni tak dipandang sebagai optional pun utk mintak explaination, even aku rasa ada je org taknak caya explaination aku, maklumlah, i am not one the top student, tapi kat sini lain situasi dia.
tu pasal, bila orang datang kat aku, aku tak kesah, sebab dorg buat aku rasa aku ni wujud. tanya lah banyak mana pun, aku akan cuba tolong selagi mampu. memula dulu serabut jugak sebab kenapa laa tanya ni. aku nak study jugak. tapi cepat2 sedarkan diri, tolong orang, nanti Allah tolong kita. and plus, ini yang aku nak selama ni. at least orang sedar kewujudan aku.
dah lama aku tak rasa wujud ni. since sekolah rendah kot. biasalah, sekolah rendah semua orang cemerlang kan hahahha. bila start masuk sekolah menengah, aku asyik tanya je diri sendiri, bila nak ulang balik ni jadi top student? asyik hidup bawah bayang-bayang orang je, Jannah.
waktu foundation, aku pernah bercerita dengan azwa. aku
"teringin nak ulang waktu time sekolah rendah, bila orang sedar kweujudan kita, jadi top student, orang datag rujuk tanya soalan, tapi memang takkan jadi je"
and azwa jawab "takpelah Jannah. UK nanti kot inshaaAllah. sekarang ni Kuala Nerang je pun. tak perlu kesah sangat pun"
"hahaha banyak lah kau. kalau kuala nerang je pun ni aku tak boleh, UK apatah lagi"
well, nothing is impossible aite. im not saying that i'm a top student here, its just that aku rasa aku wujud. orang tanya aku soalan apa semua tu, aku rasa seronok sebenarnya, even kekadang aku serabut, but just ask if you want to.
and, jumpa orang-orang best macam Aiman, Kid, Lia, Kak wani, Hazim and semua lah. pahtu bergabung dengan budak batch aku macam Bard, Akmal, maka jadi seronok. tak pernah aku terfikir hidup aku kat Glasgow ni akan jadi macam ni.
|
celebrate abang-abang dan kakak MEng yang sudah habis degree nya weee tahniah! |
jadi, setiap yang jadi tu, inshaaAllah akan ada hikmah nya. aku duk bagitau Aiman, aku tgh carik hikmah nak kuatkan hati aku, padahal aku dah rasa lama dah hihihi. aku tak pernah bagitau orang pun pasal ni. i just keep it to myself. but bila dah blogging ni takyah nak keep it to myself sangatlah kan.
|
selalu main cards sama-sama. aku sukaaa hihi |
so, habislah sesi luahan perasaan aku. bye!
lights will guide you home (: