Dah seminggu 2 hari orang Malaysia meraikan hari raya, orang Glasgow pula seminggu sehari sebab dorang lambat sehari, and i dont know why.
sekarang, im in Malaysia. after a year kat Glasgow sana, i've seen lots of difference between those two. tipu lah kan takde, and tipu juga kalau aku tak menangkan Glasgow hheheheeheh I REALLY LOVE GLASGOW hikhik
dan macam biasa, bila balik Malaysia, yaa haruslah jumpa makcik2 pakcik2 semua kan. so, soalan biasa yang di tanya oleh dorang adalah,
jeng jengggg...
"Puasa kat sana berapa jam?"
"20 jam?! Fuyohh lama tu. tak penat ke?"
"Cemana nak solat tarawikh semua kalau 4 jam je malam?"
"tido korang bila?"
well, firstly, calm your tits.
secondly, meh aku jawab satu-persatu.
aah, memang muslim di Scotland kena berpuasa selama 20 jam lamanya. tapi, itu bukan sesuatu yang sukar apabila kita dudk di tempat yang suhunya sejuk dan tidak memenatkan. ya, memang time tu summer, tapi suhu paling tinggi pun sekitar 22 degree celcius. maka, tak berlaku sangat penat2 tu semua. kalau lah cuaca kat Scotland ni macam kat Malaysia, aku jamin, setiap tahun akan ku balik, lantak lah tak berjalan pun takpelah. tak laghek den ah.
dan, apabila aku bagitau puasa 20 jam, macam biasa, reaksi orang lain semestinya terkejut dan amazed mungkin macam mana aku dan kawan2 yang lain boleh tahan 20 jam? tak penat ke? Camni lah den kobar, semua orang mampu untuk buat, cuma nak taknak je. kebanyakan kawan2 aku lari balik Malaysia cepat2, sebab kata dorang, taknak puasa 19/20 jam. tapi bagi aku, sanggup lagi aku hadap 20 jam dengan cuaca yang sejukkk, dari 14 jam yang sangat panas. dari sini kita dapat tgk, walaupun Malaysia panas, tapi Allah hanya suruh muslim kat Malaysia berpuasa selama 14 jam je. walaupun muslim di Scotland kena berpuasa selama 20 jam, tapi Allah hadirkan cuca yang dingin dan sejuk
"Bersama-sama kesusahan itu, ada kesenangan"
Allah dah state dalam Al-Quran kot. tapi bagi aku, takde lah kesusahan pun puasa ni. itu kan rukun islam. for the sake of God juga :') (rasanya memang tak layak untuk aku cakap puasa 20 jam ni satu kesusahan. malah, satu rahmat kalau orang pandang aspek positive)
dalam 4 jam tu, macam mana aku compactkan nak berbuka, solat maghrib, solat isyak, solat tarawikh, bersahur dan solat subuh? senang je. kalau orang tu sungguh2, dia akan dapat buat semua lah kan. ye, mula2 tu memang aku tak nafikan susah. sebab tak adjust, tak dapat adapt lagi dengan suasana baru. aku kelam kabut nak siap apa semua. lagi2 masjid terdekat 30 minit berjalan dari rumah, lagi la kena cepat2. tapi tu 5 hari pertama. lepas tu, alhamdulillah dah okay, dah boleh tackle dah.
meh sini aku tunjuk macam mana aku compactkan semua tu. katakan berbuka pukul 10.09 malam, aku akan makan sampai pukul 10.40 malam. lepas tu aku amik air wudhu', siap semua untuk solat maghrib, kira2 habis pukul 11. aku kena cepat. sebab satu, ada orang tunggu aku, kedua, nak kejar jemaah yang start pukul 11.45 malam. maka, aku siap2 semua dalam 11.15 malam aku keluar rumah. sampai Central Mosque around 11.45-11.50 malam. maka, terus lah berjamaah solat isyak, tarawikh dan seterusnya. habis biasanya pada jam 12.45 malam, sebab biasanya imam buat 21 rakaat, but on 8th, aku back off. then balik. kalau ada kedai buka, kitorang sahur kat luar. sampai subuh masuk, baru balik. so, sempat sahaja inshaaAllah. tak ada masalah tak sempat kalau organise masa betul2. bab Qiamullail pula, setakat ni nak berjaga malam sahaja tu senang sahaja, inshaaAllah. memandangkan aku pun memang tunggu subuh masuk baru tido kan. tapi apa yang kita buat time tu, haa tepuk dada, tanya iman. kebiasaannya lah. aku habiskan segala solat sunat time kat masjid lagi. kiranya, after aku keluar dari masjid tu, aku dah buat solat sunat yang aku nak lah inshaaAllah. tapi terpulang kepada masing2. ada orang cakap, tak lengkap kalau tak tidur sekejap. tapi sempat je kalau nak tido sekejap, then qiamullail, semua berbalik kepada diri sendiri, and how we organise and manage time wisely.
aku explain ni sebab ada certain orang, bila dengar je orang puasa 20 jam tu, dorang rasa amazed. seolah2 kitorang ni iman tinggi sampai boleh buat camtu. idok le dek non oiii. sesiapa je boleh buat, soalan dia, kau nak atau taknak je. simple.
aku explain ni sebab ada certain orang, bila dengar je orang puasa 20 jam tu, dorang rasa amazed. seolah2 kitorang ni iman tinggi sampai boleh buat camtu. idok le dek non oiii. sesiapa je boleh buat, soalan dia, kau nak atau taknak je. simple.
our first tarawikh in Scotland weeee. me and miah |
biasanya lah kan, aku tidur, lepas subuh heheheeh. tak ada istilah tidur malam bila summer ni. sebab kalau tidur malam, alamatnya, subuh tah kemana, tido pun berapa lah sangat. tidur lepas subuh tu dah best sangat dah bagi aku. sebab boleh tidur dengan jayanya, tanpa fikir solat lagi, sebab solat zuhur masuk 1.30 tengahari :')
apa yang aku buat sepanjang Ramadhan ni? banyakkkkk benda. selalu nya usha barang shopping lah sebab hakak2 aku minta maciam2. aku pun layan ajelah.
At old Trafford |
haa mampu juga okay pergi Old Trafford time puasa. tapi time ni panas dia mashaaAllah Tuhan jelah yang tau. kalau boleh nak aje aku suruh si Aiman ni seret aku. jalan tar pun jalan tar lah. seret jelah sebab panas betul. kat UK ni memang summer dia tak summer sangat, tapi panas dia dah maih, memang lagi panas dari Malaysia. sebab panas Malaysia panas yang lembap. tapi panas UK panas yang kering. menggelupur juga cari tempat ber air cond. ketibas takyah cerita lah hiks.
dan, time puasa juga ni, masih mampu untuk berkayak :') |
okay, sorry okay. iolls takde gambar sensorang. semua gambar dalam iPhone, memory card GoPro, tak transfer2 lagi. ni pun aku hamek dari Tumblr aku. jangan annoyed k ni je gambar aku ada. source limited gitchuh.
dan, sepanjang puasa tu juga, ada lah sehari tu orang buat bazar, and berbuka ramai2. yang bestnya kalau orang jemput berbuka puasa kat rumah dia, sepantas kilat aje aku setuju. haruslah kenn kata rezeki jangan ditolak :')
alhamdulillah, so far experience berpuasa 20 jam kat Scotland ni lagi banyak pros dari cons dia. depends kat orang yang hadap juga. kau nak seronok, haruslah kau fikir posotive baru hidup kau warna warni gittewh. okay, sekian sahaja entry kali ini. nanti aku rasa mood nak berblog datang, aku hapdet trip aku ke Paris dan Iceland&Norway. bubbye.
Time forever frozen still (:
No comments:
Post a Comment